|

Malay English

PERHIMPUNAN KE-4 INTERNATIONAL HYDROGRAPHIC ORGANIZATION (IHO)

MONACO, 24 Apr 2026- PERHIMPUNAN KE-4 INTERNATIONAL HYDROGRAPHIC ORGANIZATION (IHO). Perhimpunan Ke-4 IHO telah berlangsung di Monaco dari 19 hingga 23 April 2026, dan dirasmikan oleh HSH Putera Albert II. Perhimpunan yang menghimpunkan perwakilan daripada 104 Negara Ahli ini menjadi wadah penting membincangkan masa depan hidrografi, dengan penekanan kepada transformasi digital, kecerdasan buatan (AI), serta inisiatif pemetaan dasar laut yang menyeluruh. Delegasi Malaysia diketuai oleh Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), bersama Encik Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar dan Kepten Mohd Syahir bin Eleas TLDM, mewakili Majlis Keselamatan Negara serta Kdr Ahmad Rizuan bin Hussin TLDM dari PHN. Forum kali ini turut memperdengarkan suara Malaysia yang menyokong usaha IHO untuk meningkatkan aksesibiliti data hidrografi, produk dan informasi marin dengan menegaskan usaha ini harus mengambil kira mekanisme domestik yang wujud dan kepentingan pemegang taruh di peringkat nasional. Malaysia menekankan kepentingan langkah ini bagi memperkukuh keselamatan pelayaran serta memastikan penggunaan sumber marin yang mampan. Malaysia juga menegaskan pendirian dalam perbincangan mengenai cadangan Publikasi S-130: Polygonal Demarcation of Global Sea Areas, dengan menekankan keperluan prinsip yang konsisten sebagaimana Publikasi S-23 terdahulu. Malaysia turut menekankan kepentingan pengemaskinian serantau serta kesaksamaan antara Negara Ahli dalam pelaksanaan cadangan tersebut. Di akhir sesi, telah dijalankan proses undian bagi memilih kepimpinan baharu organisasi ini. Semua Ketua Delegasi Negara Ahli telah mengambil bahagian dalam proses pengundian yang dijalankan secara rasmi mencerminkan komitmen bersama terhadap tadbir urus yang telus dan inklusif. Keputusan undian memperlihatkan Rear Admiral Luigi Sinapi (Itali) dilantik sebagai Setiausaha Agung IHO manakala Adam Greenland (New Zealand) dipilih sebagai Pengarah IHO. Bagi sesi kali ini, PHN turut menjemput agensi lain yang berkepentingan untuk sama-sama turut hadir. Pendekatan inklusif ini bertujuan untuk bersama-sama memainkan peranan secara bersama demi menjaga kepentingan bidang hidrografi negara. Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuhkan suara Malaysia dalam arena hidrografi antarabangsa, malah memberi peluang untuk menonjolkan pencapaian negara dalam bidang hidrografi serta memperkukuhkan reputasi Malaysia sebagai hab nasional bagi inovasi geospatial marin.

Download AQNn_gju7oOlGdoIxRb_yCYT-CnP1mCue1iNQFkbFfPfw1CVLJnkE8HDj8lktFRJGGsvG5J4OfcFNCOysKWn9r9rGESheVnb7L5Ba1XR1BCnvg

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 7

Mingguan 19

Bulanan 25

Keseluruhan 7837


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)