|

Malay English

Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG)

  • Sejarah dan Latar Belakang KKNPEG

    Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG) atau nama asalnya Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi Luar Pesisir (KKNPELP) telah ditubuhkan lanjutan daripada Mesyuarat Ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) di Kuantan, Pahang pada 20 Jun 2006. Seterusnya, pada Mesyuarat JKNG Ke-11, nama kumpulan kerja ini telah dipinda kepada KKNPEG. Penukaran nama ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan penggunaan istilah luar pesisir kerana kumpulan kerja ini tidak hanya menyerahkan data pulau dan entiti geografi luar pesisir sahaja, malah turut menyenaraikan nama pulau dan entiti geografi dalam pesisir pantai. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah dilantik untuk menerajui kumpulan kerja ini yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan penamaan pulau dan entiti geografi yang terdapat di Malaysia.
  • Keanggotaan KKNPEG

    1. Pengarah Geospatial Pusat Hidrografi Nasional : Pengerusi
    2. Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
      1. Bahagian Dasara dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP)
      2. Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP)
      3. Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN)
      4. Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS)
    3. Wakil Pusat Geospatial Negara (PGN)
    4. Wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera)
    5. Wakil Arkib Negara Malaysia (ANM) (Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi)
    6. Wakil setiap negeri/Wilayah Persekutuan
      1. BPEN Perlis  
      2. BPEN Kedah
      3. BPEN Pulau Pinang  
      4. UPEN Perak
      5. UPEN Selangor  
      6. UPEN Negeri Sembilan
      7. UPEN Melaka  
      8. BPEN Johor  
      9. BPEN Pahang  
      10. UPEN Terengganu
      11. JTS Sarawak
      12. JTU Sabah
      13. UPEN Kelantan
      14. Bahagian Pembangunan Strategik, Kementerian Wilayah
    7. Wakil lain yang berkaitan.
    • Urus Setia: Pusat Hidrografi Nasional

  • Terma Rujukan KKNPEG

     

    1. Mengenal  pasti  dan  mengumpulkan  maklumat  yang  berkaitan  dengan  pulau  dan entiti hidrografi di dalam dan di luar pesisir yang berkenaan termasuk carta, warta, pelan warta, peta, perjanjian dan dokumen yang berkaitan.
    2. Mendokumentasikan  semua  maklumat  daripada  kajian  yang  dijalankan  untuk tujuan  pewujudan pangkalan data  nama-nama pulau dan  entiti hidrografi di  dalam dan  di  luar  pesisir  yang  rasmi.  Pendokumentasian  maklumat  akan  disepadukan dengan keperluan pangkalan data nama-nama geografi bagi pulau-pulau dan entiti hidrografi luar pesisir yang sedia ada.
    3. Mencadangkan  nama  baharu  bagi  pulau  dan  entiti  hidrografi  di  dalam  dan  di  luar pesisir yang sedia ada dengan nama yang lebih sesuai (jika perlu) berdasarkan ciri- ciri  entiti  hidrografinya.  Penamaan  semula  hendaklah  mengikut  garis  panduan penamaan  istilah  yang  dikeluarkan  oleh  International  Hydrographic  Organisation dan Intergovernmental Oceanographic Commission (IHO/IOC publication B-6).
    4. Mengemukakan pangkalan data serta maklumat pulau dan entiti hidrografi di dalam dan di luar pesisir yang telah dikemaskinikan kepada Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) secara berperingkat. 

  • Jawatankuasa Teknikal

    -

  • Kumpulan Kerja

    -
  • Aktiviti KKNPEG

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 157

Mingguan 660

Bulanan 671

Keseluruhan 744


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)