Sejarah dan Latar Belakang MJHN
Mesyuarat Jawatankuasa Hidrografi Negara (MJHN) merupakan jawatankuasa tertinggi hidrografi peringkat kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1987 bagi menyatukan komuniti hidrografi negara di bawah satu badan bermandat. Penganjuran MJHN melibatkan 14 Agensi Awam, 4 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 2 Goverment-Linked Company (GLC) dan 1 Persatuan. MJHN bertanggungjawab dalam memantau dan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang hidrografi di Malaysia. Selain itu, MJHN turut melaksanakan penyelarasan bagi mengelakkan pertindihan aktiviti hidrografi melalui kolaboratif strategik di kalangan agensi berkaitan hidrografi untuk tujuan perancangan serta pembangunan negara.Keanggotaan MJHN
- Pengerusi: Ketua Pengarah Hidrografi.
- Agensi Kerajaan
- PHN.
- Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
- Pusat Geospatial Negara.
- APMM.
- Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
- Agensi Angkasa Malaysia (MySA).
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
- Jabatan Laut Malaysia.
- Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah.
- Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak.
- Jabatan Perikanan Malaysia.
- Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
- Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
- Institut Sumber Marin Asia Tenggara.
- Jawatankuasa Pengaliran dan Saliran (JPS).
- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA):
- Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
- Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM).
- Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC):
- Malaysia Petroleum Management (MPM)
- Geomatic Department, PETRONAS.
- Persatuan - Malaysia Shipowner's Association (MASA).
Terma Rujukan MJHN
Kertas Jemaah Menteri Bilangan 445/837/72 bertarikh 24 Okt 1972.Jawatankuasa Teknikal
- Jawatankuasa Kerja Pengurusan Maklumat Hidrografi Pelabuhan (JKPMHP).
- Jawatankuasa Penilaian Kompetensi Juruukur Hidrografi (JPKJH).
- Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM)
Kumpulan Kerja
-Aktiviti MJHN