|

Malay English

Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM)

 

  • Sejarah dan Latar Belakang JTMM

    • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bilangan 1/2015 pada 8 Disember 2015 telah bersetuju Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Geospatial Marin (JTGM) melalui surat pemakluman perlantikan bertarikh 29 Januari 2016 dari Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) kepada KSU Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH) untuk mengelolakan dan menyelaras semua pengumpulan, penyimpanan dan penyelenggaraan data geospatial marin untuk kegunaan nasional dan pertahanan negara.
    • Jawatankuasa Teknikal Marin Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) (JTMM) merupakan penjenamaan semula JTGM (sebelumnya dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Perlaksanaan Perkongsian Maklumat Objek Bawah Air (JKPPMOBA) yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Hidrografi Negara (JHN)). Penjenamaan semula ini bagi menyelaraskan semula peranan jawatankuasa tersebut di bawah JPMK bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam pembangunan MyGDI di Malaysia dan Marine Geospatial Data Infrastructure (MSDI) di peringkat antarabangsa. 

  • Keanggotaan JTMM

    • Komposisi keahlian jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
    1. Ketua Pengarah Hidrografi Pusat Hidrografi Nasional sebagai Pengerusi.
    2. Pusat Geospatial Negara dan Pusat Hidrografi Nasional sebagai sekretariat bersama.
    3. Ahli Tetap (Agensi Pemilik / Pembekal Data):
      1. Kementerian Komunikasi (KK).
      2. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
      3. Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
      4. Jabatan Laut Malaysia (JLM).
      5. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
      6. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
      7. Jabatan Alam Sekitar (JAS).
      8. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
      9. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
      10. Jabatan Warisan Negara (JWN).
      11. Bahagian Bekalan Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (BBA, PETRA).
      12. Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
      13. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Plan Malaysia).
      14. Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS).
      15. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
      16. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
      17. Malaysia Petroleum Management (MPM - PETRONAS).
      18. Tenaga Nasional Berhad (TNB).
      19. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
      20. Telekom Malaysia Berhad (TM).
    4. Ahli Sokongan:
      1. Jabatan Peguam Negara (AGC).
      2. Majlis Keselamatan Negara (MKN).
      3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
      4. Pusat Geospatial Negara (PGN).

  • Terma Rujukan JTMM

    Kertas Jemaah Menteri Bilangan 445/837/72 bertarikh 24 Okt 1972.
  • Jawatankuasa Teknikal

    -

  • Kumpulan Kerja

    -
  • Aktiviti JTMM

     

 

 

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 157

Mingguan 660

Bulanan 671

Keseluruhan 744


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)