Mengenai Kami |Mantan Ketua HidrografiMantan Ketua Hidrografi
Ketua Pengarah Hidrografi Keenam
LAKSAMANA MUDA DATO’ HANAFIAH BIN HASSAN (B)
PSAT DSIS PAT SMS KAT PJM PPS PPA MSc Sc DS (UKM) Dip PSP (UM) mpat psc
Laksamana Muda (B) Dato’ Hanafiah bin Hassan dilahirkan pada 15 Feb 1966 dan merupakan anak kelahiran Kluang, Johor. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Jan 1988 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD KELEWANG sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana dan di Markas Wilayah Laut Satu sebagai Pegawai Kebajikan sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau didalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Hidrografi Survey di Jepun pada 15 Nov 1991.
Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda (B) Dato’ Hanafiah bin Hassan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi dan Oseanografi serta, Pegawai Kanan Hidrografi seterusnya merangkap Ketua Pengarah Hidrografi. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda (B) Dato’ Hanafiah bin Hassan telah dianugerahkan sijil ‘H 1’ yang mana merupakan gred kedua tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 16 Nov 2000.
Laksamana Muda (B) Dato’ Hanafiah bin Hassan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 01 April 2018 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-7. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 14 Feb 2027.


xx











