|

Malay English

Mengenai Kami |Mantan Ketua HidrografiMantan Ketua Hidrografi
/
/

Ketua Pengarah Hidrografi Kelima

LAKSAMANA MUDA DATO’ PAHLAWAN ZAAIM BIN HASAN (B)

PSAT DPTS PAT JSM SMS KAT KMN AMN PJM PPS PPA FIMarEST MSc Dip PSP psc

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan dilahirkan pada 7 Jul 1960 dan merupakan anak Bagan Datoh, Perak. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 5 Jan 1981 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD SRI KELANTAN, KD MUTIARA, KD PERANTAU dan KTD PENYU sebagai Pegawai Navigasi, Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Kanada pada 19 Jun 1989.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan juga turut terlibat dengan persidangan peringkat antarabangsa seperti Extraordinary International Hydrographic Conference (EIHC) dan East Asian Hydrographic Commission (EAHC). Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 25 Okt 2001.

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 25 Okt 2001 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-5. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 14 Jan 2017.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 154

Mingguan 657

Bulanan 668

Keseluruhan 741


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)