PULAU INDAH, 20 Mac 2026- WALKABOUT: TRADISI MENYANTUNI WARGA. Menjelang penghujung Ramadan dan ketibaan Syawal, amalan walkabout merupakan tradisi kepimpinan tertinggi TLDM untuk turun padang, menziarahi serta berinteraksi secara langsung dengan warga #𝐍𝐚𝐯𝐲𝐏𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞, di samping menyampaikan amanat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pendekatan ini turut dilaksanakan di Pusat Hidrografi Nasional (PHN) apabila Ketua Pengarah Hidrografi mengadakan sesi #𝐰𝐚𝐥𝐤𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 ke setiap cawangan dan unit di bawah naungan di Pangkalan TLDM Pulau Indah. Dalam suasana Ramadan yang penuh bermakna, sesi ini bukan sahaja untuk menyampaikan ucapan perayaan secara bersemuka, malah menjadi platform bagi memperkukuh komunikasi dua hala, menyelaras aspirasi keutamaan organisasi dan meneliti aspek kebajikan warga. Seiring semangat Ramadan yang menekankan nilai ihsan, kebersamaan dan keprihatinan, 𝐰𝐚𝐥𝐤𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 ini berperanan sebagai medium memperkukuh kepimpinan berasaskan kehadiran, meningkatkan keterlibatan warga serta memupuk budaya kerja yang inklusif, responsif dan berintegriti. Semoga tradisi ini terus diperkasakan sebagai elemen penting dalam memperkukuh perpaduan organisasi, menyatukan warga sebagai satu pasukan yang berdaya tahan serta beriltizam.


xx











