PULAU INDAH, 28 NOV 25- AUDIT KESIAPSIAGAAN (AK) PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) 2025 telah berlangsung secara hibrid bersama-sama KD SAAS bermula 24 hingga 28 November 2025. AKPHN 2025 ini diterajui oleh Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas Tentera Laut. AKPHN 2025 ini merangkumi penilaian menyeluruh meliputi audit protokol baharu dalam aspek pengurusan, keupayaan penyampaian tugas teras, tadbir urus organisasi, kesiapsiagaan anggota serta tahap kepuasan warga. AKPHN 2025 melabuhkan tirainya hari ini dengan pencapaian 88.13% dengan penarafan 4 Bintang (Baik). Pencapaian ini menzahirkan pengiktirafan terhadap keupayaan PHN dan KD SAAS mengekalkan standard operasi yang tinggi. Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga PHN dan KD SAAS atas semangat berpasukan, disiplin serta komitmen berterusan yang dizahirkan sepanjang pelaksanaan audit ini. Semoga kecemerlangan ini terus diperkukuh, menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan kesiapsiagaan organisasi pada masa hadapan. Lets SHINE




xx











