|

Malay English

CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ & BACAAN DOA AWAL TAHUN MASIHI 2026

PULAU INDAH, 16 JAN 2026- CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ & BACAAN DOA AWAL TAHUN MASIHI 2026 Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa agung, tetapi madrasah jiwa, mengajar erti bangkit, bertahan dan kembali kuat selepas menerima ujian. Ceramah Khas Israk Mikraj & Psikologi Ketahanan Diri (Resilience) yang berlangsung pada 16 Januari 2026 | 26 Rejab 1447H di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional menyatukan wahyu dan psikologi, menghubungkan langit dengan realiti kehidupan masa kini. Disampaikan dengan penuh hikmah oleh Kol Ahmad Kamil bin Abdullah, Pengarah Agama Markas Tentera Laut merangkap Kaunselor ATM dan Kaunselor Berdaftar Persatuan Kaunselor-kaunselor Malaysia (PERKAMA) - menyentuh akal, menenangkan jiwa dan menguatkan daya tahan diri. Majlis ilmu ini diserikan lagi dengan kehadiran Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi & Laksamana Pertama Ts. Gs. Lukman Hanafiah bin Azamar Omar @ Ahmad Badaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi serta 100 pegawai kanan termasuk warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI). Program ilmu ini diakhiri dengan Bacaan Doa yang dipimpin sendiri oleh Pengarah Agama Mk Tentera Laut. Semoga langkah yang diatur, tugas yang digalas dan ujian yang bakal ditempuhi sepanjang tahun ini sentiasa dipayungi rahmat, kekuatan dan mau’nah dari sisi Allah SWT.

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 8

Mingguan 8

Bulanan 43

Keseluruhan 7454


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)