BRAZIL, 23 JUN 2026- DIPLOMASI HIDROGRAFI MALAYSIA MERENTASI SEMPADAN. Bersempena Mesyuarat IC-ENC ππ‘ππππππ πΆπππππ‘π‘ππ Ke-27 (SC27), Ketua Pengarah Hidrografi Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada Director of Diretoria de Hidrografia e NavegaΓ§Γ£o (DHN), Vice Admiral Ricardo Jaques Ferreira, sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan Brazil dalam bidang hidrografi. Pertemuan ini mencatat satu detik bersejarah apabila menjadi kunjungan hormat rasmi pertama Ketua Pengarah Hidrografi Malaysia kepada Direktor DHN sejak terjalinnya hubungan hidrografi antara kedua-dua negara. Dalam suasana penuh mesra dan konstruktif, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam capacity building, latihan profesional, perkongsian kepakaran hidrografi dan geospatial marin, pelaksanaan standard IHO S-100 serta pemetaan dasar laut. Kedua-dua organisasi turut menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama teknikal dan meneroka peluang pelaksanaan program capacity building di bawah πΌππ‘πππππ‘πππππ π»π¦πππππππβππ πππππππ§ππ‘πππ (IHO). Kunjungan ini turut mencerminkan keterbukaan Malaysia dalam memperluaskan kerjasama strategik dengan negara-negara sahabat selaras dengan peranan PHN sebagai Penguasa Hidrografi Negara. Pendekatan ini menjadi manifestasi baharu bagaimana fungsi hidrografi bukan sahaja diterjemahkan melalui penyediaan produk dan perkhidmatan teknikal, malah melalui pengukuhan hubungan antarabangsa yang memberi manfaat bersama. Jika Diplomasi Pertahanan menjadi wahana memperkukuh hubungan keselamatan antara negara, maka Diplomasi Hidrografi menjadi jambatan kerjasama dalam membangunkan keupayaan, berkongsi kepakaran dan memajukan komuniti hidrografi global. Melalui pendekatan ini, PHN terus memetakan nama TLDM dan Malaysia di persada antarabangsa sebagai rakan strategik yang diyakini, sekali gus menyumbang kepada keselamatan pelayaran dan pembangunan maritim yang mampan. Kerana setiap hubungan yang terjalin hari ini bukan sekadar merapatkan dua negara, tetapi turut membina masa depan hidrografi yang lebih kukuh untuk generasi akan datang.


xx











