PULAU INDAH, 25 SEPTEMBER 2026. DUA DEKAT PENUBUHAN KDSAAS | LAKAR SEJARAH KEPIMPINAN BAHARU. Setelah dua dekad, dua sejarah tercipta di Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) apabila KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) kini diterajui oleh Pegawai Memerintah berkepakaran hidrografi, diikuti dengan pelantikan Pegawai Memerintah Markas yang pertama. Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KDSAAS antara Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM dan Kdr Mohammad Shaiful bin Suhaimee TLDM, serta pelantikan Kdr Mohd Aidil Fitri bin Bakar TLDM sebagai Pegawai Memerintah Markas telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi (KPH), Laksda Dr. Najhan bin Md Said. Dalam amanatnya, beliau merakamkan penghargaan kepada mantan Pegawai Memerintah KDSAAS atas khidmat bakti dan kepimpinan sepanjang tempoh hampir dua tahun serta mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Pegawai Memerintah yang baharu. Berteraskan B.E.A.C.O.N., 𝐵𝑒𝑙𝑖𝑒𝑓 atau Kepercayaan, beliau juga turut menegaskan bahawa setiap kepercayaan yang diberikan adalah satu amanah yang perlu digalas dengan integriti, kebijaksanaan dan tanggungjawab. Warga turut diingatkan supaya mengawal emosi, membuat keputusan secara rasional serta sentiasa cakna terhadap perkembangan semasa. Peralihan kepimpinan ini membawa satu mesej yang jelas, jawatan boleh bertukar ganti, namun amanah, kepercayaan dan misi mesti terus dipertahankan. Seluruh warga #PHNPeople diseru untuk terus menghayati Falsafah #365PHN, khususnya Fokus Kepimpinan Nobiliti, dalam membina kepimpinan yang dipercayai, memperkasa organisasi dan menjaga kesejahteraan 𝑇ℎ𝑒 𝑃𝐻𝑁 𝑃𝑒𝑜𝑝𝑙𝑒."𝐓𝐡𝐞 𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐢𝐬 𝐲𝐨𝐮𝐫𝐬, 𝐂𝐚𝐩𝐭𝐚𝐢𝐧. 𝐓𝐚𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐡𝐞𝐥𝐦 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐮𝐫𝐬𝐞 𝐚𝐡𝐞𝐚𝐝."


xx











