|

Malay English

JALINAN KERJASAMA STRATEGIK : PHN SOKONG PEMBANGUNAN EKONOMI MARITIM SM-WEZ

PULAU INDAH, 8 JULAI 2026- JALINAN KERJASAMA STRATEGIK : PHN SOKONG PEMBANGUNAN EKONOMI MARITIM SM-WEZ. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Straits of Melaka Waterfront Economic Zone Corporation (SM-WEZ Corporation) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Shamsul Ambia bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SM-WEZ Corporation.Delegasi tersebut telah disambut oleh Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi. Kunjungan hormat ini antara lain membincangkan potensi kerjasama serta keperluan khidmat nasihat teknikal hidrografi PHN dalam menyokong pembangunan SM-WEZ, khususnya melibatkan data batimetri, maklumat pasang surut, keselamatan pelayaran serta keperluan penerbitan carta nautika terkini di kawasan berkenaan. Perbincangan ini turut memberi tumpuan kepada kepentingan data hidrografi yang sahih dan tepat dalam menyokong perancangan pembangunan pesisir, operasi maritim dan pembangunan infrastruktur berkaitan, termasuk cadangan pembangunan limbungan kapal di kawasan SM-WEZ. Sebagai penguasa hidrografi negara, PHN sentiasa komited untuk memberikan kepakaran teknikal yang tepat, profesional dan berpandukan standard hidrografi yang diiktiraf bagi membantu pemegang taruh melaksanakan perancangan berasaskan maklumat yang sahih, selamat dan mampan. Kunjungan ini membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik antara PHN dan SM-WEZ Corporation dalam memperkukuh ekosistem pembangunan pesisir dan maritim negara, selaras dengan agenda keselamatan pelayaran, pengurusan data marin serta pembangunan ekonomi biru yang berdaya saing.

Download AQNj3r-hubQ2tTrzX1HgeKZOJpWsQYWf6axyMmRlUchd-SnQWlouMO6SP05eITiNSNpgxnYLid2ednfLMi8C5x3Y4fjAR8M3kKUBtyqhl9bQ-g

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 5182

Mingguan 30001

Bulanan 157814

Keseluruhan 166017


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)