PULAU INDAH, 29 JAN 2026- KPH MEMACU TADBIR URUS MARIN GEOSPATIAL DI PENTAS ISGRSM TALK 2026 . Pusat Hidrografi Nasional (PHN) berbangga dengan pengiktirafan yang signifikan apabila Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, telah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi IGRSM Talk Siri 1/2026. Program berprestij anjuran Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM) ini merupakan platform perkongsian ilmu di peringkat nasional, menghimpunkan komuniti profesional geospatial, pemain industri, serta agensi-agensi kerajaan untuk berdialog dan bertukar pandangan. Jemputan ini bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan kepakaran Ketua Pengarah Hidrografi, malah turut mengukuhkan peranan strategik PHN dalam memperkasa tadbir urus geospatial marin negara, khususnya melalui pembangunan Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI). Dalam pembentangan beliau yang bertajuk “Building Malaysia’s Marine Spatial Data Infrastructure – A Coordinated Pathway to Smarter Maritime Governance”, Laksamana Muda Dr. Najhan telah berkongsi perspektif nasional yang mendalam mengenai hala tuju MSDI, cabaran semasa, serta keperluan penyelarasan merentas agensi. Ini adalah penting bagi memastikan pengurusan maritim negara yang lebih bersepadu, berkesan dan mampan demi kepentingan bersama. Sebagai agensi peneraju MSDI negara, PHN akan terus komited melaksanakan inisiatif di peringkat nasional dan memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.



xx











