|

Malay English

KUNJUNGAN HORMAT DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM HIDROGRAFI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BILANGAN

PULAU INDAH, 18 DIS 25- Delegasi UTM telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said sebelum berbincang panjang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Program Hidrografi UTM Bilangan 1/2025. Mesyuarat ini telah membuka ruang perbincangan strategik dan perancangan hala tuju untuk memperkukuh kerjasama akademik antara UTM dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN), khususnya dalam bidang pengajian hidrografi melalui pembangunan kurikulum, kursus professional dan penyelidikan bersama. PHN komited dalam mendukung kerjasama akademik yang bakal memperkukuhkan ekosistem pembangunan modal insan hidrografi.Β  Sokongan ini juga seiring dengan aspirasi UTM untuk menubuhkan πΆπ‘’π‘›π‘‘π‘Ÿπ‘’ π‘œπ‘“ 𝐸π‘₯𝑐𝑒𝑙𝑙𝑒𝑛𝑐𝑒 π‘“π‘œπ‘Ÿ π»π‘¦π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘”π‘Ÿπ‘Žπ‘β„Žπ‘–π‘ π‘†π‘’π‘Ÿπ‘£π‘’π‘¦. Penubuhan institusi ini dijangka dapat menyediakan tenaga pakar mahir hidrografi yang berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 0

Mingguan 10

Bulanan 26

Keseluruhan 7268


Β© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)

Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 

Β