PULAU INDAH, 30 Apr 2026- KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI TELEKOM MALAYSIA KEPADA KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Telekom Malaysia yang diketuai oleh Encik Hisham bin Hassan, Pengurus Besar Defence, Security, Aviation & Maritime. Kunjungan ini merupakan kesinambungan dalam memperkukuh hubungan strategik yang sedia terjalin antara Telekom Malaysia dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN), khususnya dalam menyokong keperluan operasi dan pembangunan organisasi. Perjumpaan ini turut menjadi platform bagi meneroka potensi kerjasama dalam bidang teknologi digital, keselamatan maklumat serta sokongan ICT yang mampu memperkasa keupayaan PHN selari dengan keperluan transformasi digital semasa. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan kekal relevan dalam mendepani cabaran landskap digital serta keselamatan siber pada masa hadapan.


xx











