KUALA LUMPUR, 12 DIS 2025- KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KEPADA KETUA PENGARAH JUPEM. Ketua Pengarah Hidrografi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah JUPEM, YBhg Dato’ LSr Hazri bin Hassan bagi menzahirkan penghargaan atas hubungan kerja yang kukuh antara PHN dan JUPEM di samping membincangkan potensi kolaborasi strategik masa hadapan. Pertemuan ini memberi ruang Ketua Pengarah Hidrografi mengemukakan cadangan untuk menghadiri mesyuarat teknikal yang melibatkan data geospatial di peringkat antarabangsa secara bersama dalam mewakili Kerajaan Malaysia. Di samping itu, pertemuan ini juga membincangkan potensi kerjasama PHN - JUPEM untuk kajian mewujudkan _national single chart datum_. PHN kekal komited untuk meneruskan dan mengukuhkan kerjasama strategik PHN-JUPEM bagi menyokong keperluan negara dalam aspek geospatial dan keselamatan maritim.



xx











