PULAU INDAH, 18 DIS 2025- KUNJUNGAN HORMAT MyNHA KEPADA KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Komander Hj. Mohd Rashdan bin Yunus (Bersara) bersama delegasi National Hydrographic Association (MyNHA) telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Hidrografi Nasional, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said pada 18 Disember 2025. Pertemuan ini telah memberi ruang kepada kedua-dua pihak membincangkan hal ehwal semasa, berkongsi pandangan dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang hidrografi dan keselamatan maritim negara, selaras dengan keperluan serta aspirasi pembangunan hidrografi nasional. Diharapkan jalinan kerjasama yang terpelihara ini akan terus diperkasa ke arah menyokong kesiapsiagaan operasi, pembangunan kepakaran serta memperkukuh peranan hidrografi dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terjamin.



xx











