|

Malay English

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH KD SULTAN IDRIS I

PULAU INDAH, 30 SEPTEMBER 2026. KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH KD SULTAN IDRIS I. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menerima kunjungan hormat Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS I (KDSI I), Kepten Mohd Azrul Hakimi bin Azmi TLDM. Kunjungan ini menjadi platform untuk pertukaran pandangan dan perbincangan mengenai aspek latihan serta pembangunan profesional pegawai TLDM, khususnya melalui program latihan dan kursus yang dianjurkan oleh KDSI I. Dalam pertemuan tersebut, Pusat Hidrografi Nasional turut berkongsi perancangan untuk mencalonkan pegawai berpangkat Leftenan Komander TLDM berkepakaran hidrografi bagi mengikuti Kursus Pegawai Memerintah Muda. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha pembangunan kompetensi dan persediaan kepimpinan pegawai hidrografi untuk menggalas tanggungjawab pemerintahan pada masa hadapan. Pembangunan kompetensi secara terancang ini mencerminkan komitmen PHN dalam memastikan kesiapsiagaan sumber manusia sentiasa bergerak seiring dengan pembangunan dan pemodenan keupayaan hidrografi TLDM, sekali gus melahirkan barisan pegawai yang kompeten, berwibawa dan bersedia mendepani keperluan operasi masa hadapan.

 DownloadAQOskp9FxH6-ZxSOVH_eGM02__6qbgYMeOMR7E6NJONfmMiBgYrk-T9DxZIZlu97sw8Hubaai-idQfyQw_co5dPCZaVe4ZBkD5oc9skKOTADCw

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 3

Mingguan 43016

Bulanan 218565

Keseluruhan 782480


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)