|

Malay English

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KLANG KEPADA KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

PULAU INDAH,06 OGOS 2026 - KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KLANG KEPADA KETUA PENGARAH HIDROGRAFIPHN berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐊𝐞𝐩𝐭𝐞𝐧 𝐊. 𝐒𝐮𝐛𝐫𝐚𝐦𝐚𝐧𝐢𝐚𝐦, bersama delegasi ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐫. 𝐍𝐚𝐣𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝. 𝐒𝐚𝐢𝐝. Kunjungan ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara PHN dan LPK, khususnya dalam bidang hidrografi, geospatial marin serta pembangunan infrastruktur maritim negara. Antara fokus utama perbincangan ialah keperluan perkongsian data hidrografi dan batimetri bagi menyokong kajian pembesaran Had Pelabuhan Klang, sekali gus mempertingkatkan keselamatan pelayaran, kecekapan operasi pelabuhan serta perancangan pembangunan maritim yang lebih mampan. Sebagai antara 𝟏𝟎 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐚 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐢𝐛𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, Pelabuhan Klang memerlukan data hidrografi yang tepat, terkini dan berwibawa untuk menyokong operasi harian serta pembangunan jangka panjang. Sehubungan itu, PHN komited untuk terus menyediakan data dan produk hidrografi berkualiti tinggi sebagai asas kepada navigasi yang selamat, pengurusan pelabuhan yang cekap dan pembangunan ekonomi maritim negara. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua organisasi dalam memperkasa sektor maritim negara melalui perkongsian kepakaran, data geospatial marin dan inovasi yang menyokong keselamatan pelayaran serta kemakmuran negara.

 Download AQOBB1uSe9fiEp8RjcjhvmJjtxqSUFPnHkqEJ6xs07gvbSCPzz2TS9gveqlDraL35ZjUnBUlB9guEFAbKfiuj-cQhX-LXOaEQiiD27X54bv27Q

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 713

Mingguan 713

Bulanan 19823

Keseluruhan 295043


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)