|

Malay English

LAWATAN KERJA KSU KEMENTERIAN PERTAHANAN : KOMITMEN MEMPERKASA KEBAJIKAN WARGA PHN

PULAU INDAH, 4 JULAI 2026- LAWATAN KERJA KSU KEMENTERIAN PERTAHANAN : KOMITMEN MEMPERKASA KEBAJIKAN WARGA PHN. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Yang Berbahagia Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tapak Projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Bandar Armada Putra, Pulau Indah bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek berkenaan. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dalam memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa diberi perhatian dan keutamaan. Penyediaan kemudahan kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti bukan sahaja mampu meningkatkan kesejahteraan anggota serta keluarga, malah turut menyumbang kepada pengukuhan moral, motivasi dan kesiapsiagaan pasukan secara keseluruhan. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berkenaan status semasa projek sebelum diteruskan dengan tinjauan fizikal ke tapak pembinaan. Dalam sesi tersebut, Yang Berbahagia Datuk KSU telah meneliti kemajuan setiap fasa pembangunan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan, mematuhi jadual pelaksanaan serta dapat disiapkan dan diserahkan seperti yang dirancang. Turut hadir dalam lawatan ini ialah wakil daripada Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), JKR Negeri Selangor, Cawangan Kerja Keselamatan JKR Malaysia, Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serta pihak kontraktor, Teknik Sempurna (M) Sdn. Bhd. Usai lawatan ke tapak projek RKAT, Yang Berbahagia Datuk KSU bersama delegasi turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Pusat Hidrografi Nasional bagi mendengar taklimat mengenai peranan, fungsi dan keupayaan PHN dalam menyokong keselamatan pelayaran, operasi pertahanan maritim serta pembangunan geospatial marin negara.

Download AQM6qx_cRz-Dp6MDXRn3cFDUaAeKwLHt11mcG4jqNOD0UgVQf9Gn0PLMG5IEqF1qfxO4psII3EuzbepZBa7xEs0d0l840rognC9V_nSYT5y1kw

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 5179

Mingguan 29998

Bulanan 157811

Keseluruhan 166014


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)