|

Malay English

LAWATAN RASMI PRESIDEN PUSPAHANAS KE PHN

PULAU INDAH, 05 OGOS 2026 - LAWATAN RASMI PRESIDEN PUSPAHANAS KE PHN.  PHN berbesar hati menerima kunjungan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), YBhg Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali, sempena lawatan rasmi beliau ke PHN menjelang persaraan daripada perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Sepanjang lawatan, beliau telah diberikan taklimat mengenai peranan, fungsi dan keupayaan PHN sebagai peneraju hidrografi negara. Beliau turut dibawa meninjau Seksyen Kawalan Kualiti Data, Cawangan Pencartaan dan Cawangan Geospatial Marin bagi melihat sendiri proses pembangunan data serta produk hidrografi yang menyokong keselamatan pelayaran, operasi ketenteraan dan kepentingan maritim negara. Sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan, PHN turut menganjurkan sesi 𝐴𝑑𝑚𝑖𝑟𝑎𝑙 𝑂𝑛 𝐷𝑒𝑐𝑘, iaitu platform perkongsian ilmu, pengalaman kepimpinan dan perjalanan kerjaya bersama pegawai PHN. Dalam sesi tersebut, YBhg Laksamana Madya Datuk Sabri menekankan bahawa kekuatan sesebuah organisasi bergantung pada kualiti modal insan, pembangunan pemimpin pelapis serta pembudayaan nilai integriti, profesionalisme dan kecemerlangan. Beliau turut mengingatkan bahawa pemimpin bukan sekadar bertanggungjawab mencapai kejayaan organisasi, malah perlu membangunkan pengganti, memperkasa potensi warga serta berani membuat keputusan yang tepat dan sentiasa berpaksikan kepentingan organisasi. Kepada warga hidrografi, beliau menzahirkan penghargaan terhadap kepakaran yang dimiliki serta menyifatkan bidang hidrografi sebagai profesion strategik yang memainkan peranan penting dalam keselamatan pelayaran, operasi maritim dan pembangunan negara. PHN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg Laksamana Madya Datuk Sabri atas kesudian meluangkan masa bersama warga PHN. Perkongsian pengalaman, kebijaksanaan dan falsafah kepimpinan beliau bukan sahaja memperkukuh jalinan profesional, malah menjadi sumber inspirasi kepada pegawai PHN khususnya, serta seluruh warga hidrografi amnya untuk terus melaksanakan amanah dengan profesionalisme, integriti dan kecemerlangan demi memperkukuh perkhidmatan hidrografi TLDM serta negara. Semoga YBhg Laksamana Madya Datuk Sabri terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta kekal menjadi sumber inspirasi kepada generasi pemimpin akan datang.

 Download AQNSy6-kp0k14Z2Cpo3n5iGm8gf99oMNI5YYF_v-uTzyCXnCZhjDC-lDFt_rFfJqv2Ywz_xLy1_scufSJbpze1rYiBlY5o3xPZT-SqF2C182qQ

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 713

Mingguan 713

Bulanan 19823

Keseluruhan 295043


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)