|

Malay English

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2025

PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL, 2 SEPTEMBER 2026. MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2025 telah berlangsung sebagai penghargaan kepada warga PHN yang menunjukkan prestasi, dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi. Seramai 17 penerima, terdiri daripada 5 pegawai dan 12 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025. Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan PHN terhadap kecemerlangan, disiplin, integriti dan profesionalisme warga dalam melaksanakan tugas. Pada masa yang sama, ia menjadi dorongan untuk seluruh warga PHN terus mengekalkan prestasi dan memberikan perkhidmatan terbaik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua 17 penerima. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan komitmen demi organisasi, perkhidmatan dan negara.

Download AQO64AVx5_-7LWjAFMP8bQFp5S_huSXaAfRqsftIVCyoouXjUaww4k6aiEzoPaZ6xuQ7udClFfv0h3SD77nDw0Y_4kpFRSFcyjNvKRcMNWqfUQ

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 622

Mingguan 43007

Bulanan 218556

Keseluruhan 782471


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)