PULAU INDAH, 28 Jul 2025 - MAJLIS APRESIASI BAGI MERAIKAN PEMENANG ANUGERAH KUALITI PENGGAL PERTAMA 2025 DAN PEMENANG PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BAHARU TAHUN 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan pada 28 Julai 2025 bertempat di Auditorium PHN, Pulau Indah. Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, dengan diiringi oleh Pengarah Geospatial, Komander Azrul Nezam bin Asri TLDM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga pencapaian ini menjadi dorongan untuk warga PHN dalam meneruskan kecemerlangan organisasi melalui pemikiran inovasi dan dedikasi kerja berterusan.