PULAU INDAH,12 Mac 2026- MAJLIS BERBUKA PUASA PANGKALAN TLDM PULAU INDAH 2026. Ada momen yang tidak perlu bicara, cukup dengan hadir bersama dan hati akan terasa dekat. Malam ini, Wisma Laskar menjadi saksi sebuah kebersamaan yang sederhana, namun kuat maknanya. Tahun ini, hitam dan putih dipilih sebagai tema. Warga PTPI tampil kemas dalam dua warna yang mengingatkan kita kepada suasana di Tanah Suci Haramain, simbol kesatuan, tertib dan hati yang sama-sama kembali mencari reda-Nya. Saat azan Maghrib berkumandang, bukan sekadar juadah yang dinikmati. Yang lebih berharga ialah silaturahim yang disambung, senyuman yang bertukar, dan rasa 𝐤𝐢𝐭𝐚 yang diperkukuhkan, sebagai satu keluarga pangkalan yang berkongsi amanah, rutin dan perjuangan yang sama. Semoga majlis ini meninggalkan lebih daripada kenangan. Moga ia menjadi titik tambah ukhuwah, menguatkan semangat kebersamaan dan membawa rahmat serta keberkatan buat seluruh warga PTPI.


xx











