|

Malay English

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KDSAAS

PULAU INDAH,23 SEPTEMBER 2026. MAJLIS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) telah disempurnakan oleh YBhg. Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi, diiringi oleh Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM, Pegawai Memerintah KDSAAS. Majlis menyaksikan P/Sarjan Syaddad Muktaz bin Hussin Mazid, Bintara Agama KDSAAS, menerima kenaikan pangkat berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026 sebagai pengiktirafan atas komitmen, dedikasi dan prestasi beliau dalam melaksanakan amanah perkhidmatan. Dalam ucapannya, Ketua Pengarah Hidrografi turut mengulas makna di sebalik nama “Syaddad Muktaz” yang membawa pengertian teguh bermaruah. Nilai tersebut perlu dijadikan pegangan seluruh warga agar sentiasa teguh berpegang pada prinsip, menjaga maruah diri dan perkhidmatan serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh integriti dan tanggungjawab. Beliau turut mengingatkan warga supaya mengambil cakna perkembangan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta sentiasa peka terhadap tahap kesihatan diri, khususnya ketika kualiti udara berada pada tahap yang kurang baik. Tahniah dan syabas kepada P/Sarjan Syaddad Muktaz bin Hussin Mazid atas kenaikan pangkat yang diterima. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan profesionalisme, memikul amanah dengan penuh dedikasi serta menyumbang kepada kecemerlangan KDSAAS dan Pangkalan TLDM Pulau Indah.

Download 20

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 622

Mingguan 43007

Bulanan 218556

Keseluruhan 782471


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)