Pulau Indah, 12 Mac 2026- MAJLIS KHATAM AL-QURAN. Ramadan hadir sebagai bulan Al-Quran, bulan yang mengajak kita bukan sekadar membaca, tetapi mendekatkan diri kepada kalam-Nya. Bermula 19 Februari 2026, Program Tadarus telah menyatukan suara 5 orang pegawai dan 51 orang anggota Lain-Lain Pangkat, mengalunkan bacaan ayat-ayat suci dengan penuh tertib dan penghayatan sehingga sempurna 30 juzuk. Majlis Khatam Al-Quran ini bukan sekadar penutup kepada sebuah program, ia adalah tanda syukur atas istiqamah yang telah dipupuk sepanjang bulan yang mulia ini dan peringatan buat kita semua:π¨π-πΈππππ πππππ πππππ πππππ π ππππππππ, ππππππ π ππππ ππππ πππππππ ππππ πππ πππ ππ. Mudah-mudahan, setiap huruf yang dibaca menjadi saksi amalan, setiap ayat yang diulang menjadi penenang jiwa dan setiap penghayatan menjadi keberkatan untuk kita semua. Insya-Allah, semoga hubungan kita dengan Al-Quran terus terpelihara walaupun Ramadan bakal berlalu.
Β
Β
Β


xx











