|

Malay English

MAJLIS MAKAN MALAM APRERIASI KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KE-7

KAJANG, 25 Okt 2025- MAJLIS MAKAN MALAM APRERIASI KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KE-7. Majlis Makan Malam Apresiasi Ketua Pengarah Hidrografi Ke-7 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan kepimpinan YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Bertemakan “Layari Bahtera Kenangan, Sulami Samudera Penghargaan”, majlis ini berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan penghargaan, menghimpunkan lebih 156 tetamu terdiri daripada Mantan KP , Pegawai-pegawai Hidrografi dan PTPI, veteran hidrografi dan kalangan jemputan khas bersama pasangan serta ahli keluarga.Majlis dimulakan dengan ketibaan YBhg Dato’ dan YBhg Datin melalui laluan simbolik Footprint of Leadership yang memaparkan perjalanan kerjaya serta legasi kepimpinan beliau di PHN. Seterusnya, tetamu disajikan dengan atur cara penuh makna yang menzahirkan rasa hormat dan penghargaan terhadap sumbangan beliau kepada institusi hidrografi negara.Ucapan apresiasi daripada Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi yang sarat dengan konten penghargaan dan disulami adunan gurauan serta kejutan telah menyemarakkan lagi pengisian majlis. Atur cara rasmi diakhiri dengan penyampaian ucapan balas penuh emosi dan harapan oleh YBhg Dato’ menjadi antara detik berharga yang menyentuh hati para hadirin.Sebagai penutup, semua tetamu yang hadir membentuk barisan penghormatan untuk berjabat salam dengan YBhg Dato’ dan YBhg Datin — simbol penghargaan dan perpisahan penuh hormat. Majlis ini bukan sekadar acara rasmi, tetapi satu pelayaran emosi yang menyulam kenangan, persahabatan dan penghormatan terhadap kepimpinan yang telah banyak berjasa kepada Pusat Hidrografi Nasional.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 1

Mingguan 37

Bulanan 40

Keseluruhan 6948


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)