|

Malay English

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT

PULAU INDAH, 24 Okt 2025- MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT. Sempena Pengunduran Ketua Pengarah Hidrografi ke-7, YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin HassanMajlis penuh kesyukuran ini telah dilaksanakan pada 23 Okt 25 bagi menzahirkan rasa penghargaan atas kepimpinan dan jasa bakti YBhg Dato’ sepanjang menerajui Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Turut hadir memeriahkan majlis, Datin Norhayati binti Abdullah, isteri kepada YBhg. Dato’, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan isteri, serta barisan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan warga PHN. Dalam majlis penuh keberkatan ini, turut dipanjatkan doa agar segala program dan aktiviti yang bakal dianjurkan dalam rangka program pengunduran YBhg. Dato’ berjalan dengan lancar, diberkati Allah SWT, serta dipermudahkan dari awal hingga akhir. Semoga YBhg. Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan & Datin sentiasa dikurnia rahmat, nikmat kesihatan, dan dalam dakapan kasih sayang Allah SWT, serta terus menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga PHN.

  

  

 

 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 1

Mingguan 37

Bulanan 40

Keseluruhan 6948


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)