KUALA LUMPUR, 5 MAC 2026- MAJLIS MENANDATANGANI NDA TLDM-PETRONAS. Pemeteraian Non-Disclosure Agreement (NDA) antara TLDM dan PETRONAS hari ini bukan sekadar formaliti, tetapi simbol komitmen strategik dalam memperkukuh keselamatan dan tadbir urus perkongsian data geospatial marin demi kepentingan negara. Kerjasama yang terjalin sejak 2013 ini menyokong integrasi data melalui GIS dan pembangunan MSDI, sekali gus meningkatkan Maritime Domain Awareness, perlindungan infrastruktur luar pesisir serta keupayaan membuat keputusan berasaskan data. Inisiatif ini turut menyokong peralihan global ke arah piawaian S-100 oleh International Hydrographic Organization, meletakkan Malaysia seiring perkembangan hidrografi antarabangsa. Majlis ini disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Badarudin bin Taha serta Pengurus Besar Kanan Jabatan Penerokaan Sumber, Bahagian Pengurusan Petroliam Malaysia (MPM) PETRONAS, Encik Azmir bin Zamri, bersama barisan kepimpinan kanan TLDM dan PETRONAS. NDA ini menjadi asas kukuh kepada kolaborasi yang lebih selamat, berintegriti dan berdaya tahan - selaras dengan Teras “Mengukuhkan Integrasi dan Sinergi antara Angkatan serta 𝐉𝐨𝐢𝐧𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬”.



xx











