|

Malay English

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT

PULAU INDAH, 8 Jun 26- MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT. Di sebalik sejalur pangkat yang disematkan, tersimpan kisah pengorbanan, kesetiaan dan dedikasi yang tidak ternilai. Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah berlangsung dengan penuh istiadat dan kebanggaan, menyaksikan seramai 9 orang anggota dinaikkan ke pangkat Laskar Kelas 1. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, ๐‹๐š๐ค๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐ง๐š ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐ƒ๐ซ. ๐๐š๐ฃ๐ก๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐ ๐’๐š๐ข๐, yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang diraikan. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan untuk kekal fokus terhadap tugasan yang diamanahkan. Dengan fokus yang betul, kita akan dapat menangkis ๐‘›๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘ฃ๐‘–๐‘ก๐‘ฆ. Beliau turut berkongsi mengenai kajian fokus yang dipanggil โ€œThe Monkey Business.โ€ย  Beliau juga menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai bukanlah hasil usaha individu semata-mata, malah turut didorong oleh sokongan dan pengorbanan isteri serta keluarga yang sentiasa setia berada di belakang setiap anggota dalam mengharungi cabaran kerjaya dan kehidupan. Kenaikan pangkat bukan sekadar lambang pencapaian, tetapi amanah yang lebih besar untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi demi agama, bangsa dan negara. Tahniah kepada semua anggota yang diraikan. Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. โ€œ๐‘ฒ๐’†๐’‹๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’–๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Ž๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐’Ž๐’†๐’“๐’†๐’Œ๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’Š๐’…๐’‚๐’Œ ๐’‘๐’†๐’“๐’๐’‚๐’‰ ๐’ˆ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’, ๐’•๐’†๐’•๐’‚๐’‘๐’Š ๐’Ž๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐’Ž๐’†๐’“๐’†๐’Œ๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’Š๐’…๐’‚๐’Œ ๐’‘๐’†๐’“๐’๐’‚๐’‰ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‰๐’†๐’๐’•๐’Š ๐’ƒ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚.โ€

Download AQMamEu9gtilNRiNsI6mWUddYW2PcuUYvFxs4fACdfBtvACnjBuOl3ZDXgWlu1eRlf60Phsh7EYxuyqejmo34gVHLVGp3iiKIM8Dx4Y

ย 

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 โ†—๏ธ
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 6

Mingguan 19

Bulanan 86

Keseluruhan 8020


ยฉ 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)

E-Tide
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 

ย