PULAU INDAH, 4 DIS 2025- MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA PANGKALAN TLDM PULAU INDAH. Majlis pemakaian pangkat bagi Pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 4 Dis 25. Seramai seorang pegawai dan 7 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said dan diiringi oleh Pengarah Geospatial Kdr Azrul Nezam bin Asri TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota dan pegawai yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.




xx











