PULAU INDAH, 18 Jul 25- MAJLIS SERAH TERIMA TUIGAS PENGARAH GEOSPATIAL (PG), PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN). Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Geospatial di antara Kdr Ts. Gs. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM dan Kdr Azrul Nezam bin Asri TLDM telah dilaksanakan di Auditorium PHN pada 18 Jul 25. Majlis telah disaksikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Kdr Ts. Gs. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan pada 7 Feb 26 setelah lebih 3 dekad menabur bakti dalam perkhidmatan TLDM. Fair Winds and Following Seas. Kdr Azrul Nezam bin Asri TLDM akan meneruskan legasi selaku Pengarah Geospatial dengan menerima Station Pointer sebagai simbolik penerimaan tanggungjawab.