|

Malay English

MALAYSIA MEMPERKUKUH PERANAN DALAM KOMUNITI HIDROGRAFI ANTARABANGSA DI IC-ENC SC27

BRAZIL, 25 JUN 2026- MALAYSIA MEMPERKUKUH PERANAN DALAM KOMUNITI HIDROGRAFI ANTARABANGSA DI IC-ENC SC27. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menghadiri Mesyuarat πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘›π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ πΆπ‘’π‘›π‘‘π‘Ÿπ‘’ π‘“π‘œπ‘Ÿ πΈπ‘™π‘’π‘π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘›π‘–π‘ π‘π‘Žπ‘£π‘–π‘”π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ πΆβ„Žπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘π‘  (IC-ENC) π‘†π‘‘π‘’π‘’π‘Ÿπ‘–π‘›π‘” πΆπ‘œπ‘šπ‘šπ‘–π‘‘π‘‘π‘’π‘’ Ke-27 (SC27) serta Seminar S-100 π‘†π‘‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘  & π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘‘π‘’π‘π‘‘π‘–π‘œπ‘› yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh peranan dalam komuniti hidrografi antarabangsa serta menyokong pembangunan navigasi maritim digital di peringkat global. Platform ini menghimpunkan negara ahli IC-ENC, Pejabat-Pejabat Hidrografi dan rakan strategik dari seluruh dunia bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan standard IHO S-100 yang bakal menjadi asas kepada generasi baharu produk dan perkhidmatan navigasi maritim digital menjelang tahun 2029. Sepanjang mesyuarat, delegasi PHN telah mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai sesi strategik dan teknikal meliputi pembangunan ekosistem S-100, evolusi πΈπ‘™π‘’π‘π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘›π‘–π‘ π‘π‘Žπ‘£π‘–π‘”π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ πΆβ„Žπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘π‘  (ENC), π‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘‘π‘–π‘šπ‘’ π‘†π‘Žπ‘“π‘’π‘‘π‘¦ πΌπ‘›π‘“π‘œπ‘Ÿπ‘šπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› (S-124), π‘šπ‘œπ‘‘π‘’π‘™ π‘‘π‘–π‘ π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘π‘’π‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘‘π‘Žπ‘‘π‘Ž hidrografi masa hadapan serta pengukuhan kerjasama dalam komuniti hidrografi global. Delegasi turut menghadiri Seminar S-100 yang memberi fokus kepada pembangunan produk S-102 (Bathymetric Surface), S-104 (Water Level Information) dan S-111 (Surface Currents) sebagai persediaan ke arah pelaksanaan penuh standard S-100. Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan teknikal PHN dalam mendepani transformasi hidrografi digital, malah memperluaskan jaringan kerjasama strategik Malaysia dengan komuniti hidrografi antarabangsa. Ia turut mencerminkan kesungguhan negara untuk terus memainkan peranan yang lebih signifikan dalam menyokong keselamatan pelayaran, inovasi geospatial marin dan pembangunan standard hidrografi di peringkat global. Lebih membanggakan, apabila Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat IC-ENC π‘†π‘‘π‘’π‘’π‘Ÿπ‘–π‘›π‘” πΆπ‘œπ‘šπ‘šπ‘–π‘‘π‘‘π‘’π‘’ Ke-28 (SC28). Mesyuarat SC28 dijangka akan berlangsung pada bulan Jun 2027 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Download 201

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 9201

Mingguan 22476

Bulanan 58667

Keseluruhan 66870


Β© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)

Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 

Β