|

Malay English

MEMPERKASA KERJASAMA HIDROGRAFI MALAYSIA-SINGAPURA

SINGAPURA, 28 JULAI 2026. Bersempena dengan pelantikan Mr Jamie Chen sebagai πΆβ„Žπ‘–π‘’π‘“ π»π‘¦π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘”π‘Ÿπ‘Žπ‘β„Žπ‘’π‘Ÿ baharu, π‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘‘π‘–π‘šπ‘’ π‘Žπ‘›π‘‘ π‘ƒπ‘œπ‘Ÿπ‘‘ π΄π‘’π‘‘β„Žπ‘œπ‘Ÿπ‘–π‘‘π‘¦ π‘œπ‘“ π‘†π‘–π‘›π‘”π‘Žπ‘π‘œπ‘Ÿπ‘’ (MPA), Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, telah mengadakan kunjungan hormat kepada beliau di Singapura bagi memperkukuh hubungan professional dan kerjasama erat yang telah lama terjalin selain menyampaikan ucapan tahniah di atas pelantikan beliau. Pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dua hala mengenai hala tuju kerjasama hidrografi Malaysia-Singapura. Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan strategik, meningkatkan perkongsian kepakaran serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang hidrografi, keselamatan pelayaran, pembangunan produk nautika dan pelaksanaan standard IHO S-100. Kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan kerjasama serantau yang terselaras dalam memastikan data dan perkhidmatan hidrografi dapat dibangunkan secara berkesan bagi menyokong keselamatan serta kecekapan pelayaran di Selat Melaka dan Singapura.Hubungan erat antara PHN dan MPA merupakan antara asas penting kepada kejayaan pelaksanaan MSS-ENC serta pembangunan produk nautika berkualiti yang memberi manfaat kepada komuniti maritim serantau.Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Singapura untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memajukan kerjasama hidrografi demi kepentingan keselamatan pelayaran dan pembangunan maritim yang mampan.

Β Download AQOvnEAb0evERFeFq92iVwIA517Oa0exxeV1IQ_cnZkOojM1-8TmQT8ecJ0luMYHiQxt0YjW7skds9PQmWiIiMfbGVStLd0IB2iWUCZtE1UFNA

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 874

Mingguan 10998

Bulanan 16197

Keseluruhan 291417


Β© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)

Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 

Β