PULAU INDAH,23 JAN 2026- MEMPERKUKUH JARINGAN STRATEGIK: PHN & MPM PETRONAS PACU KECEMERLANGAN DATA MARITIM NEGARA. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia Petroleum Management (MPM) PETRONAS, menandakan satu lagi inisiatif penting di dalam memperkukuhkan kerjasama strategik yang telah lama terjalin demi kepentingan industri petroleum dan keselamatan maritim negara. Delegasi MPM PETRONAS, yang diketuai oleh Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Hidrokarbon Bersepadu, En. Rahizan bin Ahmad telah disambut oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said. Kunjungan ini bukan sekadar mengeratkan hubungan sedia ada, tetapi untuk memperkukuh komitmen bersama dalam aspek perkongsian data hidrografi dan geospatial marin yang amat kritikal bagi menyokong keperluan industri serta kepentingan strategik negara. Kerjasama strategik ini memfokuskan kepada tiga teras utama yang menjadi tunjang kepada pembangunan maritim negara: perkongsian data geospatial marin, kerjasama untuk kepentingan strategik negara dan penyelarasan aspek teknikal serta kepakaran. PHN sebagai pusat rujukan hidrografi nasional, komited untuk terus memperkasa jalinan ini melalui perkongsian kepakaran, penyelarasan teknikal dan sokongan berterusan dalam pengurusan data. PHN juga akan terus meneroka peluang kerjasama baharu bersama MPM PETRONAS ke arah pelaksanaan pengukuran hidrografi yang lebih berkesan, tepat dan menyeluruh.
Download AQPSN9Pqv_y6zNlbFzgBhFKRMiuGkWOwbL33BVvspjcNsLs4harFlmjWB5VYgmIAschmeCjN0XuczcwEzqTIA9ti


xx











