|

Malay English

MEMPERKUKUH KEUPAYAAN HIDROGRAFI SERANTAU: TLDM & TLP JALIN KERJASAMA STRATEGIK

PULAU INDAH, 23 JAN 2026- MEMPERKUKUH KEUPAYAAN HIDROGRAFI SERANTAU: TLDM & TLP JALIN KERJASAMA STRATEGIK. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah berjaya menganjurkan π»π‘¦π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘”π‘Ÿπ‘Žπ‘β„Žπ‘–π‘ 𝐸π‘₯π‘β„Žπ‘Žπ‘›π‘”π‘’ π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘”π‘Ÿπ‘Žπ‘šπ‘šπ‘’ (HEP) melibatkan kerjasama strategik di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Pakistan (TLP) mulai 20 hingga 21 Januari 2026. Program ini merupakan kesinambungan kerjasama erat di bawah inisiatif π‘π‘Žπ‘£π‘¦ π‘‘π‘œ π‘π‘Žπ‘£π‘¦ π‘‡π‘Žπ‘™π‘˜π‘  (N2NT) TLDM–TLP yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan profesional dan strategik yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua tentera laut. Program berprestij ini telah menyaksikan kehadiran dua pegawai kanan berkepakaran hidrografi TLP, iaitu Captain Zahoor Khan dari _Pakistan Naval Headquarters_ dan Commander Ali Akram dari π‘π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ π»π‘¦π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘”π‘Ÿπ‘Žπ‘β„Žπ‘–π‘ 𝑂𝑓𝑓𝑖𝑐𝑒 π‘ƒπ‘Žπ‘˜π‘–π‘ π‘‘π‘Žπ‘› (NHOP). Penasihat pertahanan Suruhanjaya Tinggi Pakistan, Commodore Javed Iqbal Khan Niazi turut hadir sebagai pemerhati. HEP telah dimulakan dengan sesi perbincangan kerjasama dua hala di antara PHN dan NHOP yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Pertama Ts. Gs. Lukman Hanafiah bin Azamar Omar. Sesi ini berjaya mencapai beberapa resolusi positif di dalam meneroka peluang dan memperkukuhkan potensi kerjasama hidrografi di antara kedua-dua institusi.Β  Sepanjang program ini berlangsung, delegasi TLP telah berpeluang mengadakan lawatan ke Bangunan Geospatial PHN dan KD PERANTAU. Selain itu, delegasi TLP juga turut mengadakan lawatan ke Vessel Traffic Service (VTS) Klang dan Bahagian Geomatik, PETRONAS. Sebagai kemuncak program dan tanda penghargaan, kedua-dua tetamu negara telah diraikan di dalam majlis makan malam yang telah dihoskan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said.Β  Kejayaan penganjuran HEP ini jelas mencerminkan komitmen berterusan PHN, sebagai organisasi strategik TLDM di dalam memperkukuhkan hubungan dua hala dan jaringan kerjasama profesional di peringkat antarabangsa melalui π‘›π‘Žπ‘£π‘Žπ‘™ π‘‘π‘–π‘π‘™π‘œπ‘šπ‘Žπ‘π‘¦.

Download AQNnJmysbum99VYh1Ib8mu2NzWxkHzm9YqUVifdVJq2QaQGyoxbqDHoSFMAySA5Kyejv8XbmaagioRd6pM-CiMLlX2QUAGZ8wP9AZZ2EYaHvqg

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 8

Mingguan 8

Bulanan 43

Keseluruhan 7454


Β© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)

Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 

Β