BALI,10-14 Nov 25- MESYUARAT KE-38 SUB-COMMITTEE ON UNDERSEA FEATURE NAMES (SCUFN-38) telah berlangsung di Hotel Bali Dynasty, Denpasar, Bali, Indonesia. Penganjuran mesyuarat tahunan ini telah diselaraskan oleh Kerajaan Indonesia melalui Pusat Hidro-Oseanografi Tentera Laut Indonesia (PUSHIDROSAL). Mesyuarat telah dihadiri oleh Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, Ketua Pengarah Hidrografi merangkap Vice-Chair SCUFN, bersama Lt Kdr Gs. Idzwan Naim bin Mohd Norwawi TLDM, Pegawai Staf Pengurusan Geospatial yang hadir sebagai pemerhati dan wakil Tim Teknikal Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Turut serta ialah Encik Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara (MKN) selaku Ketua Delegasi Malaysia, disertai pegawai-pegawai daripada MKN, Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).



xx











