PULAU INDAH,7 Nov 25- PERBARISAN ULUNG DAN MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT FALSAFAH PEMERINTAHAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI (KPH) KE-8. Pelantikan sebagai KPH ke-8 bukan sekadar satu penghormatan, tetapi amanah besar yang dipikul dengan penuh tanggungjawab. Seperti kapal yang berlayar di tengah samudera, PHN terus menempuh ombak cabaran dengan keyakinan, disiplin, dan semangat setiakawan.Β Dalam menyemarakkan iltizam kepimpinan baharu, KPH memperkenalkan Falsafah 365 PHN, satu falsafah yang bukan sekadar slogan, tetapi panduan nilai yang hidup sepanjang tahun. Ia mencerminkan semangat kepimpinan dan budaya kerja yang berterusan - 365 hari setahun, setiap hari, setiap masa, tanpa cuti bagi amanah dan tanggungjawab.
Angka 3, 6 dan 5 dalam Falsafah 365 PHN mempunyai maksud tersendiri.
A.R.C -Β π πππ₯π’π ππ¬π’ ππ‘π πππ πππ¨π©π₯π π€ππ©πππ πππ
B.E.A.C.O.N - π πππ₯π’π ππ¬π’ πππ π€ππ©πππ ππ‘π πππ πππ¨π©π₯π
S.H.I.N.E - π πππ₯π’π ππ¬π’ πππ«π¬ππ¦π
Falsafah ini bukan sekadar semboyan kata, tetapi manifesto kepimpinan berjiwa besar yang menyatukan seluruh warga PHN di bawah satu semangat untuk terus berlayar, bersinar dan menyuluh lautan.
Β Β

Β 
Β Β
Β Β
Β
Β


xx











