|

Malay English

PHN & BGSP PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK GEOSPATIAL PERTAHANAN

PULAU INDAH, 25 FEB 2026- PHN & BGSP PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK GEOSPATIAL PERTAHANAN. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) yang diketuai oleh Pengarahnya, Brigadier Jeneral Dato’ Pahlawan Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab. Kunjungan ini mencerminkan kesinambungan hubungan profesional serta komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik berteraskan Geographic Information System (GIS) bagi menyokong keperluan maritim dan pertahanan negara. Sesi perbincangan telah menumpukan kepada usaha memperkasa perkongsian data hidrografi dan geospatial marin melalui platform GIS sebagai pemangkin pembangunan keupayaan pertahanan bersepadu. Kerjasama ini berpaksikan tiga fokus utama, iaitu integrasi data spatial marin, penyelarasan kepakaran GIS antara agensi, serta pemanfaatan teknologi GIS bagi menyokong kepentingan strategik negara secara menyeluruh. Seiring aspirasi transformasi digital sektor pertahanan, PHN komited untuk terus memperkukuh jalinan kerjasama ini di samping meneroka potensi inisiatif baharu bersama BGSP ke arah pelaksanaan tadbir urus geospatial yang lebih efektif. Usaha berterusan ini dijangka menyumbang kepada pembangunan ekosistem geospatial negara yang lebih berdaya tahan, bersepadu dan bernilai strategik, selaras dengan peranan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai peneraju domain maritim negara. 

Download AQMSQ0NCEhoNVxRBNyDHeb8f7vWNu05Tea8rObTIXbU-0D17rcKyYoEPf-od6ISx0yxQ1irQFI9SB8B6l_ri-48Vd-qjRYXBHuIgzTaTRQ

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 8

Mingguan 15

Bulanan 17

Keseluruhan 7563


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)