PUTRAJAYA, 13 JULAI 2026- PHN MENEROKA PELUANG KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JMG. PHN terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik apabila Ketua Pengarah Hidrografi, 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐫. 𝐍𝐚𝐣𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐒𝐚𝐢𝐝, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐏. 𝐆𝐞𝐨𝐥. 𝐙𝐚𝐦𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐢, di Ibu Pejabat JMG, Putrajaya. Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh sinergi antara kedua-dua agensi, khususnya dalam memperluaskan perkongsian data marin secara dua hala bagi menyokong keperluan operasi dan latihan ketenteraan, di samping memperkasakan pembangunan pangkalan data marin nasional sebagai sumber rujukan strategik negara. Antara fokus utama perbincangan ialah inisiatif integrasi sistem pangkalan data antara PHN dan JMG, yang dijangka meningkatkan kecekapan perkongsian data geospatial marin secara lebih komprehensif. Selain itu, kedua-dua agensi turut meneroka potensi kolaborasi dalam penyelidikan fitur dasar laut, pembangunan teknologi serta pengukuhan kompetensi sumber manusia melalui program pembangunan kapasiti secara bersama. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen PHN dan JMG dalam memperkukuh tadbir urus data marin negara, menyokong pembangunan Ekonomi Biru, mempertingkat kesiapsiagaan pertahanan serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa. Semoga hubungan erat yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada negara dan kesejahteraan sektor maritim pada masa hadapan.


xx











