KOTA KINABALU, 11 Jun 26- PHN PERKUKUH JALINAN KERJASAMA DENGAN LEMBAGA PELABUHAN-PELABUHAN SABAH(LPPS). Sebagai Penguasa Hidrografi Negara (National Hydrographic Authority), Pusat Hidrografi Nasional (PHN) terus menjadi rujukan utama dalam memacu pembangunan infrastruktur maritim Malaysia yang selamat, mampan dan berdaya saing. Mengukuhkan mandat strategik ini, delegasi PHN telah menghadiri 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 bagi beberapa pelabuhan di bawah Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS). Fokus mesyuarat lebih kepada perbincangan jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama LPPS terutamanya bagi mendapatkan khidmat nasihat teknikal hidrografi daripada PHN dalam aspek 𝐡𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢, 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐫𝐚𝐡 dan 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐮𝐭𝐢𝐤𝐚. Pengemaskinian data batimetri bagi kawasan Pelabuhan Kota Kinabalu dan Pelabuhan SOGIP, Sipitang telah dikenal pasti sebagai projek utama bagi kerjasama dua hala ini. Delegasi PHN diketuai oleh 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢, 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐫. 𝐍𝐚𝐣𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐒𝐚𝐢𝐝 yang juga turut dihadiri oleh Kdr Mohammad Shaiful bin Suhaimee TLDM dan Lt Kdr Muhamad Khairul bin Abdullah TLDM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐥𝐥𝐲𝐧 𝐀𝐥𝐨𝐲𝐬𝐢𝐮𝐬 selaku Pengurus Besar LPPS. Antara lain, mesyuarat telah mengenal pasti untuk melaksanakan pengemaskinian data batimetri bagi kawasan Pelabuhan Kota Kinabalu dan Pelabuhan SOGIP, Sipitang sebagai projek utama bagi memulakan kerjasama dua hala ini.



xx











