PULAU INDAH, 12 Mac 2026- PROGRAM MENGACAU DODOL. Bagi warga Pangkalan TLDM Pulau Indah, kemeriahan Aidilfitri seakan belum sempurna tanpa Dodol PTPI, juadah tradisi yang bukan sahaja enak dinikmati, malah melambangkan semangat kebersamaan 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚. Seiring tradisi yang diteruskan saban tahun, proses memasak dodol dimulakan selepas solat tarawih bersempena Majlis Berbuka Pangkalan. Warga pangkalan berganding bahu mengacau dodol secara bergilir, dalam suasana yang tertib dan harmoni. Komitmen serta kesepakatan yang ditunjukkan menjadikan program ini lebih bermakna dan meriah. Program ini bukan sekadar penyediaan dodol untuk menyambut Syawal, malah telah menjadi wadah untuk memupuk ukhuwah, menyemai nilai kerjasama, serta memperkukuh semangat kekitaan di kalangan warga PTPI. Semoga tradisi ini terus dipelihara dan menjadi asbab keberkatan, di samping mengeratkan lagi silaturahim seluruh warga pangkalan.


xx











