SHAH ALAM, 7 Nov 2026- SEKALUNG TAHNIAH ATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SELANGOR. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐃𝐫. 𝐍𝐚𝐣𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐒𝐚𝐢𝐝, Ketua Pengarah Hidrografi, atas pengurniaan 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 (𝐃.𝐏.𝐌.𝐒.) yang membawa gelaran Dato', bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna dan menjadi kebanggaan seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Semoga pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi untuk menerajui kecemerlangan organisasi serta memperkukuh sumbangan dan khidmat bakti kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), khususnya dalam memartabatkan bidang hidrografi dan menjaga kepentingan maritim negara. Seluruh warga #PHNPeople mendoakan agar YBhg. Dato' terus dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menggalas amanah kepimpinan serta menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.



xx











