PULAU INDAH,27 JULAI 2026.SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR LAKSAMANA yang ke-53 diucapkan kepada Ketua Pengarah Hidrografi, Hans Said. Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan amanah kepimpinan demi membawa National Hydrographic Centre ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.Di bawah kepimpinan YBhg Laksamana yang berpandangan jauh, setiap gagasan dan aspirasi yang dibawa menjadi pemangkin kepada seluruh warga #thePHNPeople untuk terus melangkah seiring dalam membina organisasi yang berdaya saing, progresif, berinovasi dan berprestasi tinggi.#Falsafah365 bukan sekadar satu aspirasi, malah merupakan satu perjalanan bersama yang mencerminkan komitmen, semangat kebersamaan dan iltizam seluruh warga #thePHNPeople dalam merealisasikan kecemerlangan organisasi. Seluruh warga #thePHNPeople akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan YBhg Laksamana dalam memberikan komitmen terbaik demi menjayakan setiap agenda, sekali gus memperkukuh peranan PHN sebagai peneraju hidrografi negara.



xx











