PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL, 13 OGOS 2026. SESI PERBINCANGAN DAN SEMAKAN DRAF BLUEPRINT SHINE 2050 Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menganjurkan 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐫𝐚𝐟 𝐁𝐥𝐮𝐞𝐩𝐫𝐢𝐧𝐭 𝐒𝐇𝐈𝐍𝐄 𝟐𝟎𝟓𝟎 bersama Kepimpinan Kanan TLDM sebagai platform mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas strategik dalam usaha memperkemas serta memuktamadkan hala tuju PHN sehingga tahun 2050. Sesi ini memberi penekanan terhadap 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚, 𝐚𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐛𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐮𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 bagi memastikan Blueprint SHINE 2050 yang dibangunkan bersifat jelas, realistik, berdaya laksana serta selari dengan keperluan TLDM, komuniti maritim dan kepentingan negara. Sebagai pelan jangka panjang PHN, 𝐁𝐥𝐮𝐞𝐩𝐫𝐢𝐧𝐭 𝐒𝐇𝐈𝐍𝐄 𝟐𝟎𝟓𝟎 memetakan aspirasi organisasi selaras dengan mandatnya sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 menerusi lima teras strategik: Tadbir Urus ,Modal Insan, Transformasi Digital ,Keupayaan Aset , Teknologi Libat Urus dan Kerjasama Strategik. Sesi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh keupayaan dan kewibawaan PHN sebagai organisasi hidrografi negara, sekali gus memastikan perkhidmatan hidrografi terus relevan dalam menyokong keselamatan pelayaran, kepentingan maritim serta kedaulatan negara menuju 2050.


xx











