Pulau Indah, 24 Jun 2025- SIMPOSIUM SEMPENA SAMBUTAN HARI HIDROGRAFI SEDUNIA 2025 BERJAYA DILAKSANAKAN DI PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL ( PHN ) PADA 24 JUN 25. Simposium ini telah berlangsung dan disambut meriah dengan kehadiran 83 wakil daripada 25 agensi yang berkait rapat dengan bidang hidrografi. Para peserta telah disajikan dengan pelbagai maklumat teknikal terkini yang selari dengan tema sambutan tahun ini, “Seabed Mapping: Enabling Ocean Action”.
Antara pengisian simposium termasuk pembentangan berkaitan:
- Pengurusan Spatial Marin dari Perspektif PLANMalaysia oleh Pn Sanisah binti Shafie, PLANMalaysia
- Seabed Mapping for Enhancing Maritime Development oleh Kapten Nazri bin Abu Hassan, JLM
- Modernization Using ArcGIS for Maritime oleh En. Firdaus bin Asri, ESRI Malaysia
- AI and Machine Learning to Enhance Seabed Mapping oleh En. Bugser Tok, FUGRO
Selain sesi Executive Talk dan pembentangan teknikal turut diadakan Pelancaran Portal Rasmi Phn yang baharu,pameran oleh tujuh pemain industri termasuk PHN sendiri serta lawatan ke kapal ukur hidrografi TLDM,KD Perantau.