SG.BESI, 20 Mei 26- UJIAN MENEMBAK SENJATA KECIL (UKMSK) PENGGAL PERTAMA 2026. Warga Navy People daripada Pusat Hidrografi Nasional dan KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH telah melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Penggal Pertama Tahun 2026 sebagai sebahagian usaha berterusan memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta kompetensi tempur warga TLDM. Pelaksanaan ujian ini bertujuan menilai tahap kecekapan, ketepatan dan pengendalian senjata kecil dalam kalangan pegawai serta anggota di samping menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat sharp shooter terbaik yang berpotensi memperkasakan keupayaan operasi pasukan pada masa hadapan. Kehadiran Ketua Pengarah Hidrografi turut menyuntik semangat, motivasi serta aura kepimpinan kepada seluruh warga yang terlibat bagi melaksanakan ujian dengan penuh disiplin, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi. UKMSK bukan sekadar latihan kemahiran menembak, malah mencerminkan komitmen berterusan TLDM dalam memastikan setiap warga sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan perairan negara.


xx











