Top Ad

 

Info Terkini

PASIR PUTIH, 1 NOVEMBER 23 - MESYUARAT JAWATANKUASA HIDROGRAFI NEGARA KE – 28, telah berlangsung di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan yang dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi. Mesyuarat kali ini melibatkan perwakilan daripada 11 buah agensi kerajaan, 3 buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan 1 Persatuan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan hal ehwal dan aktiviti hidrografi di Malaysia. Mesyuarat ini yang lebih sinonim dipanggil singkatannya MJHN menjadi persidangan tahunan jawatankuasa tertinggi hidrografi peringkat kebangsaan yang menyatukan komuniti hidrografi negara di bawah satu platform. Selain membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan aktiviti hidrografi dalam negara, mesyuarat juga melibatkan pelaporan daripada 2 jawatankuasa teknikal di bawah JHN iaitu Jawatankuasa Kerja Pengurusan Maklumat Hidrografi Pelabuhan (JKPMHP) dan Jawatankuasa Penilaian Kompetensi Juruukur Hidrografi (JPKJH), di samping perkongsian aktiviti dan kemajuan terbaharu dari para ahli perwakilan. Selain itu, mesyuarat kali ini telah dilengkapkan dengan taklimat berkenaan Pertubuhan Hidrografi Kebangsaan (Malaysia) (MyNHA) yang dijemput untuk berkongsi maklumat berkenaan pertubuhan tersebut. PHN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir dan terus menerus menyokong JHN bagi memelihara dan mempertingkatkan kepentingan hidrografi negara sejajar dengan peranan bidang ini yang semakin meningkat.

KOLABRASI HIDROGRAFI MEMACU INDUSTRI MARITIM NEGARA; MHJN 28

   

   

   

PUTRAJAYA, 26 OKT 23 - MESYUARAT KE-15 JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM) telah berlangsung pada jam 9.30 pagi di Atelier Hall, Le Meridian Hotel, Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Seramai 34 delegasi daripada 24 kementerian/jabatan/agensi berserta Government Linked Companies (GLC) selaku Ahli Tetap JTMM telah hadir. 2 ahli tetap baharu turut hadir iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PLANMalaysia. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengemaskini status perkongsian, pengurusan, penyimpanan, penggunaan dan pelepasan data marin melalui kerjasama di kalangan Ahli Tetap JTMM seterusnya menyokong pembangunan Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) di negara ini. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya. Ahli Tetap JTMM yang hadir juga telah dimaklumkan mengenai ketersediaan data marin melalui pembentangan data marin tersebut di dalam MyMarine GeoHub. Antara pembentangan lain di dalam mesyuarat ini adalah seperti berikut: 1. Pembangunan S-100 di Malaysia - PHN. 2. Cadangan kerangka kerja Marine Spatial Planning di Malaysia - PLANMalaysia. 3. Fungsi dan Peranan SKMM - SKMM. PHN mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli tetap JTMM yang hadir dan setinggi penghargaan kepada SKMM yang merupakan host bagi penganjuran mesyuarat pada kali ini. Kolaborasi perkongsian data marin ini merupakan satu kekuatan yang perlu diteruskan dalam pembangunan MSDI nasional yang komprehensif, menyeluruh dan sistematik.

   

   

   

PULAU INDAH, 25 OKT 23 – LAWATAN RASMI OLEH DELEGASI TENTERA LAUT FILIFINA (TLF) KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada Rear Admiral Jose Ma Ambrosio Q Ezpeleta, Chief of Naval Staff of The Philippine Navy, bersama dengan delegasinya pada pagi ini. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, dengan tulus hati telah menyambut kunjungan barisan delegasi Tentera Laut Filipina, (TLF). Dalam kunjungan singkat ini, delegasi telah melawat beberapa bahagian dan cawangan penting di PHN, termasuk Cawangan Pencartaan, Cawangan Meteorologi dan Cawangan Geospatial Marin.

   

   

   

PULAU PINANG, 24 OKT 23 - Mesyurat ke-19 Jawatan Kuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) telah diadakan pada 24 Okt 23 bertempat di Angsana Room, Eastin Hotel, Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri bin Hassan. Pusat Hidrografi Nasional selaku pengerusi Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG) telah diwakili oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dan Kdr Khairul Anuar bin Abdul Aziz TLDM. Di antara objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkembangan aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Teknikal dan juga Jawatankuasa Negeri dalam mencapai objektif penubuhan JKNG untuk menyelaraskan kegiatan penentuan nama geografi di Malaysia.

   

   

PULAU INDAH, 13 OKT 23 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada Vice Admiral Wei Wenhui, Deputy Commander Southern Theater Command, PLA, bersama dengan delegasinya pada petang ini. Kunjungan daripada delegasi ini merupakan sebahagian daripada siri Lawatan Rasmi ke Malaysia yang berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober 2023. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, dengan tulus hati telah menyambut kunjungan barisan delegasi Southern Theater Command, PLA. Dalam kunjungan singkat ini, delegasi telah melawat beberapa bahagian dan cawangan penting di PHN, termasuk Cawangan Pencartaan, Cawangan Meteorologi dan Cawangan Geospatial Marin.

   

   

PULAU INDAH, 13 OKT 23 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sukan Negara 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia. Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional telah melaksanakan aktiviti senamrobik, fun run sejauh 3km dan aktiviti suka bola tampar serta futsal pada pagi ini bagi menyahut #HSN2023 pada kali ini. Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan seluruh warga PHN, malah pada kali ini turut disertai oleh pelajar daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan juga murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 (SKPI 2) bagi memeriahkan sambutan HSN 2023 peringkat PHN.

   

   

PULAU INDAH, 15 SEP 23 - Audit Kesiapsiagaan PHN 2023 telah melabuh tirainya dengan keputusan pencapaian 5 Bintang (Cemerlang). Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga PHN di atas semangat berpasukan yang dipamerkan selain kerjasama dan komitmen tinggi dalam mengekalkan pencapaian ini. Semoga berjumpa lagi pada Audit Kesiapsiagaan PHN Tahun 2025. Bravo Zulu!

   

   

 

PULAU INDAH, 14 SEP 23 - Perbarisan Istiadat sempena Audit Kesiapsiagaan PHN diketuai oleh Kdr Mohamad Khairunie bin Mohamed TLDM selaku Pegawai Perbarisan telah dilaksanakan pada 14 Sep 23. Perbarisan terdiri daripada empat platun dengan penglibatan seramai 190 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam. Timbalan Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain berbesar hati mengambil Tabik Hormat dan memeriksa perbarisan dibantu oleh Inspektor Jeneral, Laksamana Muda Mohd Fazli Kamal bin Mohd Mohaldin serta Timbalan Inspektor Jeneral, Laksamana Pertama Ee Chee Kiong. Selesai perbarisan, warga pangkalan mengambil peluang beramah mesra bersama Timbalan Panglima Tentera Laut di Wisma Laskar, PHN.

   

   

PULAU INDAH, 11 SEP 23 - Audit Kesiapsiagaan (AK) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) 2023 dilaksanakan pada 11 hingga 15 Sep 23 oleh Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas Tentera Laut. Audit ini merangkumi penilaian semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan organisasi, perkhidmatan teras, keselamatan pasukan dan kepuasan warga. Atur cara AK PHN 2023 pada 11 Sep 23 dimulai dengan Kawalan Kehormatan Kuarter oleh Inspektor Jeneral, Laksda Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin selaku Ketua Audit. Seterusnya, pelaksanaan Taklimat Pembukaan AK dan Taklimat Maklum Balas PHN di Bilik Mesyuarat Batimetri.

   

   

PUTRAJAYA, 4 SEP 23 - Majlis Perasmian Audit International Maritime Organization (IMO) Member State Audit Scheme (IMSAS) Malaysia telah dirasmikan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya. Sebagai Penguasa Hidrografi di Malaysia, Pusat Hidrografi Nasional telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.

  

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-40160816 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+603-40160846

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 35

Mingguan 1396

Bulanan 6435

Keseluruhan 260735