Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 13 APR 21 - Bersempena Program Ihya' Ramadan 1442H, warga Pusat Hidrografi Nasional diserikan dengan pengagihan juadah berbuka puasa iaitu bubur lambuk dan kurma yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” (Riwayat At-Tirmizi).

PULAU INDAH, 16 MAC 2021 - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 16 Mac 2021 dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021. Semasa Fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia atau Pusat Hidrografi Nasional.

PULAU INDAH, 15 MAC 2021 - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk warga Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pulau Indah berjalan lancar.

PHN merupakan salah satu Pangkalan TLDM yang ditugaskan sebagai pangkalan barisan hadapan bagi Operasi BENTENG dan Operasi PENAWAR. Kehadiran vaksin ini dapat memberikan kelegaan dan menghilangkan kebimbangan buat warga PHN setelah bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah sepanjang lebih setahun pandemik COVID19 melanda.
 
Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan mendahului warga PHN dengan menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. Lindung Diri, Lindung Semua.
 
 
Ketua Pengarah Hidrografi warga PHN yang pertama terima suntikan vaksin
 
 
Pengarah Geospatial, Kept Lukman Hanafiah TLDM selesai terima suntikan vaksin

PULAU INDAH, 12 MAC 2021 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.

Pegawai Memerintah KD SAAS iaitu Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM akan bertukar keluar ke Markas Angkatan Tentera Malaysia - Bahagian Logistik Pertahanan (BLP) dan Kdr Haniyusman bin Osman TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan yang baharu selaku Pegawai Memerintah KD SAAS yang ke-7.
 
Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM, Pegawai Memerintah KD SAAS yang ke-6 dan juga merupakan Pegawai Memerintah yang paling lama memegang tampuk pimpinan iaitu selama 4 tahun 7 bulan dan 15 hari mulai 29 Julai 2016 hingga 12 Mac 2021. 
 
 
 

PULAU INDAH, 12 MAC 2021 - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Insignia Kepakaran Hidrografi kepada Lt Yeganraj a/l Sivalingam TLDM, Kenaikan Pangkat anggota LLP yang terdiri daripada seramai 32 anggota, Sambutan Hari Kelahiran warga Pusat Hidrografi Nasional pada bulan Januari hingga Mac dan Meraikan Hari Wanita peringkat Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) di Wisma Laskar. 

Tahniah diucapkan dan semoga lebih cemerlang demi perkhidmatan. Sedia Berkorban!

PULAU INDAH, 11 MAC 2021 - Rahsia Di Sebalik Israk dan Mikraj. Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Pegawai Agama KD SAAS di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional bagi memperingati ibrah penting yang berlaku dalam peristiwa bersejarah tersebut.

Objektif ceramah tersebut adalah menghayati perjalanan Rasullah SAW yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah, mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab dan mengetahui peristiwa disebalik ibadat penting bagi umat Islam iaitu Solat.  

Ceramah turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.
 

PULAU INDAH, 3 FEB 2021 - Tahniah dan syabas Pusat Hidrografi Nasional di atas penganugerahan GeoInnovation Award 2020 bagi projek MyMarine GeoHub - Maritime Chart Service (MCS).

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan oleh ESRI Malaysia di atas kreativiti dan inovasi PHN memanfaatkan teknologi GIS dalam penyediaan perkhidmatan maklumat geospatial marin di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

YBhg Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah menyampaikan pembentangan berkenaan MCS secara atas talian di dalam GeoInnovation Award 2020 Event yang telah diadakan pada 3 Februari 2021.

 

PULAU INDAH, 14 DIS 2020 - Asisten Ketua Staf Materiel (AKS Materiel) Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Hj Mohd Ridzuan bin Hamzah bersama delegasi telah melaksanakan lawatan rasmi ke Pusat Hidrografi Nasional pada 14 Dis 20.

Lawatan dimulai dengan Kawalan Kuarter ke atas AKS Materiel disusuli dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan dan seterusnya Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan.

AKS Materiel turut melawat Galeri Pameran PHN, Cawangan Geospatial, Cawangan Pencartaan, Cawangan Meteorologi Dan Bangunan Percetakan. Seterusnya, Sesi Perjumpaan AKS Materiel Bersama Warga Bekalan dan Urusetia Pangkalan TLDM Pulau Indah diadakan di Wisma Laskar. Lawatan rasmi selesai pada 1300H.

 

 

 

PULAU INDAH, 10 NOV 2020 - Sub-Committee On Undersea Feature Names (SCUFN) merupakan sebuah jawatankuasa yang dibentuk di bawah International Hydrographic Organization (IHO) dan Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC) untuk menilai, melulus dan mengazetkan nama-nama fitur dasar laut untuk menjadi rujukan dalam peta maritim dunia.

Berikutan penularan pandemik Covid-19 seantero dunia, pelaksanaan SCUFN Ke-33 telah berlangsung secara atas talian (VTC – Video TeleConference) pada 9 dan 10 November 2020. Mesyuarat SCUFN 33 VTC1 melibatkan 31 peserta yang terdiri daripada 12 Ahli Tetap dalam kalangan Negara Ahli IHO dan IOC serta 18 wakil negara pemerhati yang telah memajukan submission (cadangan) penamaan fitur dasar laut mereka.

Penglibatan Malaysia yang diwakili oleh PHN dalam mesyuarat SCUFN telah bermula sejak 2015 lagi. Sehingga kini, PHN telah berjaya menggazetkan sebanyak 7 fitur dasar laut di bawah SCUFN. Fitur-fitur tersebut merangkumi 5 fitur Hill (Kenyalang Hill, Rafflesia Hill, Kadazandusun Hill, Murut Hill & Bidayuh Hill), 1 fitur Seamount (Santubong Seamount) dan 1 fitur Ridge (Iban Ridge). Pada mesyuarat SCUFN 33 VTC1 ini, PHN telah memajukan sebanyak 11 submission penamaan fitur dasar laut baharu yang meliputi 4 fitur Hill, 2 Valley, 3 Ridge dan 2 fitur Sea Channel.

Untuk rekod, terdapat lebih 160 cadangan nama baharu fitur dasar laut yang telah tertangguh dan menunggu semakan dan kelulusan SCUFN. Berikutan masa mesyuarat atas talian yang terhad, semakan terhadap fitur untuk mesyuarat SCUFN 33 VTC1 ini terpaksa dihadkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kekerapan yang lebih banyak.

Penglibatan Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said sebagai Ahli Tetap di dalam jawatankuasa ini merupakan pengiktirafan kepada negara dan TLDM. Kepakaran beliau telah diiktiraf dalam memberi khidmat nasihat kepakaran hidrografi kepada ahli-ahli jawatankuasa serta ahli pemerhati seterusnya memberi kelebihan kepada negara dalam aspek penamaan fitur dasar laut Malaysia.

Keputusan terhadap submission 11 penamaan fitur dasar laut yang dimajukan hanya akan diputuskan semasa siri mesyuarat SCUFN 33 VTC2 yang dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2021.

 

PULAU INDAH, 9 Nov 2020 - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menandatangani Nota Kerjasama Strategik (NKS) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala yang telah sedia terjalin sejak tahun 2003. Dengan termeterainya NKS ini, TLDM dan Met Malaysia akan bekerjasama di dalam bidang latihan, konsultasi teknikal, guna sama data & perkongsian fasiliti bagi menyokong keperluan pengoperasian kedua-dua buah agensi.

NKS ini telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Hidrografi bagi pihak TLDM, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dan Ketua Pengarah Met Malaysia, Tuan Hj Jailan bin Simon. Majlis juga turut disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain yang mewakili Timbalan Panglima Tentera Laut. 

 

 

 

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6011-65566803

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 121

Mingguan 545

Bulanan 5395

Keseluruhan 209074