|

Malay English

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

PULAU INDAH , 28 NOV 24 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT. “Pangkat hadir bersama amanah dan tanggungjawab yang lebih besar”. Majlis pemakaian pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 28 Nov 24. Seramai sembilan orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini.Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pengarah Geospatial, Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Penyerahan sumbangan berupa Cek dari Tabung Zakat ATM (TZ ATM) turut disampaikan kepada PW II HDI Badrul Hisham bin Bakhtiyar Jamali bagi meringankan beban anak bintara yg menghidapi penyakit Auto Immune Disease. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

   

   

PEBARISAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

PULAU INDAH, 22 NOV 2024 - PEBARISAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Perbarisan yang diketuai oleh Kdr Ramli bin Mohd TLDM ini terdiri daripada 4 platun dengan penglibatan seramai 120 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan turut meluangkan masa dalam Majlis Ramah Mesra bersama warga National Hydrographic Centre di Wisma Bintara sejurus selesai perbarisan.   

   

   

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

KUALA LUMPUR, 11 NOV 24 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi 3 orang Pegawai Hidrografi TLDM telah dilaksanakan di KD SRI GOMBAK pada 11 Nov 24. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain. Mendahului senarai kenaikan pangkat adalah Kdr Ramli bin Mohd TLDM, Kdr Mohamad Sufian bin Othman TLDM, Lt Kdr Muhammad Erffan bin Yusof TLDM.

   

   

KUNJUNGAN SEMPENA PENGUNDURAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL OLEH PANGLIMA ARMADA TIMUR

PELABUHAN KLANG, 11 NOV 24 - KUNJUNGAN SEMPENA PENGUNDURAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL OLEH PANGLIMA ARMADA TIMUR. Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy telah melaksanakan lawatan rasmi ke National Hydrographic Centre hari ini sempena pengunduran sebagai Panglima Armada Timur dan seterusnya bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Laut Diraja Malaysia khasnya setelah lebih 40 tahun menabur bakti kepada negara. Kehadiran beliau telah disambut oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan pengurusan tertinggi @mynathydrocentre.

   

   

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 2

Mingguan 37

Bulanan 23

Keseluruhan 7698


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)